Motivasi Kejayaan – Antara Petanda Orang Yang Tiada Matlamat
Antara petanda orang yang tiada matlamat ialah menganggap impian mahu berjaya satu perkara mustahil.Bagi orang yang tiada matlamat, dia akan menganggap impian mahu menjadi orang berjaya satu perkara mustahil. Oleh kerana dia rasa kejayaan itu mustahil untuk dicapai, dia tidak mahu bersusah-payah mencapai kejayaan. Kesannya dia akan selalu merasa bosan, lalu sikap itu mendorong dia untuk mahu bersenang-lenang sahaja tanpa ada sedikit kesanggupan untuk menempuh saat-saat kesusahan. Bila dia susah, dia akan salahkan takdir, salahkan Tuhan, salahkan kawan-kawan (atau ahli keluarga) sebab tidak menolong dia.
Bila Anda anggap kejayaan itu satu perkara mustahil untuk Anda capai, kesannya Anda akan hilang inisiatif untuk merubah hidup. Dalam jangka masa panjang, sikap begini akan terubah kepada kekufuran seperti hilang pedoman, bahkan berkata Tuhan itu tidak adil sebab menjadikan hidupnya susah (sebenarnya dia sendiri yang tidak berusaha sekuat daya merubah hidup menjadi senang lalu mencapai tahap kesenangan).
Kesusahan itu sifatnya subjektif – boleh berubah.
Kesusahan ibarat satu perhentian. Kita boleh tiba disitu, berhenti 2-5 sat kemudian meneruskan perjalanan. Samalah juga ibarat sebuah bilik yang kita boleh masuk sekejap lepas itu keluar balik. Kesusahan akan jadi kekal dalam hidup kita apabila kita tidak berubah mencapai kesenangan.
Untuk mencapai kesenangan hidup, kita perlu meletak matlamat (atau target). Tujuannya supaya kita tahu apa yang kita nak capai dalam hidup ni, orang yang bagaimana kita hendak jadi, gaya hidup bagaimana yang kita hendak nikmati dan sebagainya. Kita akan menjadi apa yang kita fikirkan selalu.
Fikirkanlah kejayaan selalu supaya Anda menjadi orang yang berjaya satu hari nanti.
Anything is possible!
Source : Irwan Zulkefli (aku setuju100% dude !!!)
No comments:
Post a Comment