Thursday, September 17, 2009
Semua wish aku pun nak wish
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
Monday, September 14, 2009
Mata aku masuk habuk
“Salam..tetiba malam nie aku terasa nak sms ko. Apa kaba ko? Sihat ke.Buat apa sekarang?”
-msg tak dibalas sehingga la subuh esoknya
“Aku teringin sangat2 nak jumpa ko…
“Aku raya tahun nie tak blk kg..sila menjawab soalan ko buat ape sekarang? Sihat ke x? Keje x sekarang?”
“Bro raya nie balik la kg aku betul2 nak jumpa ko ni..datang la umah aku”
“Niat memangla nak balik tapi mak bapak aku tak balik. Lgpun kene bajet2 duit nak kawen la bro..hello hello hello aku tanya ko soalan
“Aku sakitla sekarang..barah hati peringkat awal..ko jangan la terkejut plak”
“Huh..mcm mana bleh jadi camtu.ko g hospital doc ckp ape? Peringkat awal maksudnya apa? Bleh baikan?
“Aku pun tak tau bleh baik ke tak..aku dpt tau masa pg pemilihan akhir tentera kat johor bulan 3 lepas. Membe smua tak tau baru citer kat ko..nie smua sebab mende2 buruk yang aku buat dulu kau pun tau kan..nak menyesal pun tak guna..nak keje pun badan dah tak larat..lepas ni aku kene berulang ke H.Selayang jumpa pakar..aku banyak salah ngan ko..aku minta maaf..”
“Beb tak yah ingat yang dulu2..ko bleh baik aku doakan ko…aku balik jumpa ko raya kedua insyallah”
- Mata merah..opismate tanya aku cakap mata masuk habuk & sinus...
Monday, September 7, 2009
Friday, September 4, 2009
Nur Kasih
Aku nak bagi pendapat tentang drama nie...salah satu drama melayu yang berjaya menarik hati aku..coz aku nie bukannya big fan of drama melayu sebelum nie..tapi semenjak drama nie ditayangkan aku dah macam addicted untuk follow...pendek kata semua nya superb and well done...credit should be given to the director, producer, script writer, make up artist, cameraman, crew2 lain..good story line though...cinematography and angel yang cantik dalam drama nie plus the shooting locations....bila tengok jer citer nie mula la aku berangan nak jadi cameraman, pelakon, director, producer..smua pun aku nak jadi..lol...pada sesiapa yang tak tengok citer nie aku advise tengok ler..best gila siot..jangan risau kalo dah missed banyak episod u still can capture it @ tv3 online..tak saba nak tunggu next episod...tolong la keluarkan cd siries..confirm aku beli...ahaks










